
29 Ogos 2026
PESANANAN PMX
Pendidikan mesti mampu mengubah kehidupan –
PMX menegaskan, pendidikan mesti menjadi jalan untuk membuka peluang dan mengubah kehidupan.
Katanya, setiap anak-anak, tanpa mengira latar belakang keluarga, harus diberi ruang untuk belajar, berkembang dan mencapai potensi terbaik mereka melalui pendidikan.
“Justeru, kecemerlangan akademik mesti berjalan seiring dengan nilai, etika dan rasa hormat kepada orang lain.
“Ilmu yang tidak disertai nilai tidak cukup untuk membina sebuah negara yang maju dan bertamadun,” ujqr Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi.
Bidang pendidikan juga, kata Perdanq Menteri, menerima peruntukan terbesar kerana kita sedang melabur untuk masa depan negara dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi berakhlak, berdisiplin dan mampu berfikir secara kritis.
Melalui catatan di laman Facebooknya, Anwar berkata, perkara itulah yang beliau tekankan ketika bersama anak-anak muda dalam sesi Temu Anwar di IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, semalam.
“Daripada pendidikanlah kita membina generasi yang berani meneroka bidang masa hadapan seperti AI, teknologi dan semikonduktor, sambil terus menyumbang dalam pendidikan, perkhidmatan awam dan pelbagai lapangan yang membentuk masa depan Malaysia,” tegasnya.
