
ANGKASAPURI KOTA MEDIA, 30 Ogos β Penguasaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pekerja mampu membuka peluang menjana pendapatan tambahan, selain meningkatkan produktiviti sektor perniagaan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Colony, Timothy Tiah berkata permintaan terhadap penyelesaian berasaskan AI, termasuk ejen AI dan AI generatif, semakin meningkat dalam urusan perniagaan.
Menurutnya, peluang ekonomi itu wajar dimanfaatkan pekerja sebagai sumber pendapatan sampingan bagi membantu menangani tekanan kos sara hidup.
Beliau turut menggesa kerajaan memainkan peranan proaktif dalam memperluas penguasaan AI serta menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) berasaskan teknologi ke Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Biz Malaysia di sini.
