Jerebu: Tiga kawasan Sarawak catat IPU melebihi 300

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 12 tengah hari ini.

Berdasarkan data APIMS, Serian mencatat bacaan tertinggi 399, diikuti Samarahan (332) dan Kuching (302).

Sri Aman pula merekodkan bacaan sangat tidak sihat (228), manakala beberapa kawasan lain termasuk Sarikei, Sibu, Bintulu, Mukah, Kapit dan Miri mencatat bacaan tidak sihat antara 156 hingga 197.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan 18 titik panas dikesan di Sumatera, manakala 13 titik panas di Malaysia, termasuk sembilan di Sarawak.

Menurut JAS, langkah pengurusan akan dipertingkat sekiranya bacaan IPU bertambah buruk. Aktiviti luar bilik darjah dihentikan apabila IPU melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan melebihi 200.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *