Paras sungai meningkat, penduduk Nepal berpindah ke kawasan tinggi

KATHMANDU, 30 Ogos – Penduduk di Roshuki Bazar, Nepal dipindahkan ke kawasan lebih tinggi selepas paras sungai terus meningkat pada hari kelima banjir, susulan kebimbangan terhadap banjir susulan.

Operasi mencari dan menyelamat turut disambung semula hari ini selepas dihentikan sementara akibat cuaca buruk bagi mengesan ribuan mangsa yang masih hilang.

Angka korban di Nepal kini mencecah 734 orang, manakala 2,498 masih hilang selepas banjir besar melanda kawasan berhampiran sempadan Tibet pada 26 Ogos.

Bencana itu dipercayai berpunca daripada keruntuhan glasier yang mencetuskan aliran deras batu, ais dan lumpur, sekali gus memusnahkan bangunan, jambatan serta kemudahan tenaga.

Nepal memohon bantuan teknikal antarabangsa bagi operasi menyelamat dan pemulihan, dengan kerajaan menganggarkan AS$4 bilion hingga AS$5 bilion diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan semula.

Di Tibet, China, 16 orang dilaporkan maut, manakala ratusan lagi masih hilang. – REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *