Malaysia Marathon 2026 catat 25,000 penyertaan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Malaysia Marathon 2026 mencatat penyertaan 25,000 peserta tempatan dan antarabangsa dalam penganjuran sulungnya di ibu negara.

Presiden Malaysia Marathon, Eddy Casmady berkata acara itu berlangsung lancar dengan laluan utama 42 kilometer (km) bermula di Pavilion Kuala Lumpur dan berakhir di KLCC.

Tiada peserta berjaya memecahkan rekod 42km yang menawarkan hadiah RM50,000, sekali gus jumlah itu akan dibawa ke penganjuran tahun depan.

Malaysia Marathon 2026 menawarkan empat kategori iaitu 42km, 21km, 10km dan 5km, dengan laluan 42km mendapat pengiktirafan pengukuran antarabangsa.

Eddy berkata penganjuran tahun depan dirancang selama dua hari, selain mengekalkan bulan kemerdekaan dan mempertimbang laluan alternatif bagi membantu peserta mencatat masa terbaik.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *