


31 Ogos 2026
Putrajaya : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada semua rakyat di negara ini.
Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba ke Sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya pada 8 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Datuk Seri Fahmi Fadzil.
๐ธ fotoBERNAMA
