“๐—š๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ช!” ๐—ฃ๐—  ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—๐—œ, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

31 Ogos 2026

Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji dan menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan rakyat yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

โ€œGreat, great show! Alhamdulillah, good. Thank you very much (Persembahan yang hebat, amat hebat! Alhamdulillah, bagus. Terima kasih),โ€ kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-69, hari ini.

Selesai acara penuh berwarna-warni dan semangat patriotik itu, Anwar turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang hadir dengan semangat luar biasa memeriahkan sambutan itu dengan berjalan kaki lebih 500 meter di sekitar kawasan Dataran Putrajaya.

Beliau bersalaman dan beramah mesra dengan orang ramai, selain melayani permintaan mereka untuk bergambar, dalam suasana meriah yang menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *