๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐„๐๐†๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 โ€“ Lebih 100,000 pengunjung memenuhi Dataran Putrajaya hari ini, menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dalam suasana penuh semangat patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, sambutan tahun ini menghimpunkan 10,819 peserta menerusi 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam dan 11 kereta berhias, melibatkan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang awam.

Turut mencuri perhatian ialah penyertaan baharu Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen Kluster Kelestarian Ekonomi Jingga, yang mengambil bahagian buat julung kalinya.

Kemeriahan sambutan diteruskan dengan persembahan โ€œGema Inovasi MADANIโ€ yang menampilkan 150 peserta pergendangan dan 1,500 peserta grafik manusia, mengetengahkan kepelbagaian alat muzik tradisional daripada pelbagai komuniti dan wilayah di Malaysia.

Langit Putrajaya turut dihiasi aksi pesawat dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum sambutan diakhiri dengan persembahan โ€œRentak MADANI, Paluan Tradisiโ€ melibatkan 2,350 peserta daripada kumpulan kesenian JKKN, PERMATA Seni Tari, KPM, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta NGO seni dan budaya.

Sambutan turut diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, serta kehadiran YAB Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet serta Duta dan Konsul Asing di Malaysia.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *