
KATHMANDU, 31 Ogos — Operasi menyelamat dipergiat selepas banjir besar menenggelamkan lima projek hidroelektrik di Nepal, dengan kira-kira 350 pekerja dipercayai terperangkap dalam sebuah terowong.
Sebanyak 10,000 anggota tentera Nepal bersama pasukan pakar dari China dan India dikerahkan bagi membantu operasi di kawasan terjejas, termasuk kompleks Upper Trishuli.
Pasukan penyelamat kini membersihkan runtuhan di pintu masuk terowong dan bersedia membawa masuk bekalan oksigen serta kamera bagi mencari mangsa.
Nepal turut memohon bantuan antarabangsa untuk operasi menyelamat, ujian DNA serta pengecaman forensik mangsa. – REUTERS
