Jerebu: 14 PPD Sarawak tutup sekolah mulai Isnin

KUCHING, 5 September – Sebanyak 710 sekolah di bawah 14 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak akan ditutup sementara dari 7 hingga 11 September susulan keadaan jerebu.

JPN Sarawak memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan serta bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU).

Penutupan melibatkan 617 sekolah rendah dengan 130,953 murid serta 93 sekolah menengah membabitkan 107,350 pelajar.

Langkah itu bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan warga sekolah sepanjang keadaan jerebu berterusan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *