๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿฐ๐Ÿญ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก! ๐—๐—ฆ๐—๐—ก ๐—š๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง, ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ž๐— ๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ

KUALA SELANGOR, 9 SEPTEMBER 2026 โ€” Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM sekali lagi mencatat kejayaan besar dalam usaha membanteras rangkaian pengedaran dan pemprosesan dadah menerusi ๐—ข๐—ฝ ๐—˜๐˜‚๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐˜€ dan ๐—ข๐—ฝ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ผ๐—ฝ๐—น๐˜‚๐˜€ yang dijalankan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Klang pada bulan Ogos 2026.

Menurut YDH Dato’ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Enam siri serbuan membawa kepada tangkapan 5 suspek serta pembongkaran aktiviti pemprosesan dadah berskala besar. Pelbagai jenis dadah termasuk cecair dan serbuk MDMA, ganja, Erimin 5, ketamin, Yaba dan methamphetamine dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.4 bilion.

Dengan lima siri serbuan lagi, menyaksikan 9 suspek ditangkap dan pelbagai jenis dadah dirampas, termasuk cecair MDMA, pil ekstasi, ganja, Erimin 5, methamphetamine, biskut ganja, ketamin serta serbuk MDMA. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM10.82 juta.

Tegas Dato’ Hussein, bukan sekadar rampasan dadah. Tindakan turut membawa kepada sitaan aset sindiket di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, termasuk 8 buah kenderaan, barangan kemas dan wang tunai, dengan nilai keseluruhan sitaan melebihi RM632,000.

Ujar beliau lagi, keseluruhan dadah yang dirampas menerusi Op Eumenes dan Op Melanoplus dianggarkan mampu merosakkan seramai 44 JUTA orang sekiranya berjaya diedarkan. Kes disiasat dan dituduh di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Turut hadir, YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi); YDH SAC Datuk Dr. Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi); Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ketua Polis Daerah, serta pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen berkaitan.

JSJN menegaskan bahawa perang terhadap dadah tidak akan berkompromi. Operasi akan terus dipergiat secara agresif, berfokus dan berimpak tinggi bagi melumpuhkan rangkaian sindiket sehingga ke akar umbi.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JSJN PERANGI DADAH, LINDUNGI GENERASI.

๐Ÿ“ž Salurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada Hotline JSJN: 012-208 7222.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *