
OTTAWA, 11 September – Kanada kekal bersedia mencapai perjanjian perdagangan yang adil dan saling menguntungkan dengan Amerika Syarikat (AS), meskipun hubungan ekonomi kedua-dua negara berdepan ketegangan.
Perdana Menteri Mark Carney berkata beliau masih berkomunikasi dengan Presiden AS Donald Trump dalam usaha mencari penyelesaian yang menjaga kepentingan kedua-dua negara.
Menurutnya, Kanada tidak mahu meningkatkan ketegangan perdagangan, namun tetap berpendirian untuk tidak menerima perjanjian yang merugikan kepentingan ekonominya.
Rundingan perdagangan Kanada-AS sebelum ini terhenti selepas Ottawa menolak tawaran Washington yang dianggap tidak boleh diterima, sekali gus mencetuskan tindakan tarif antara kedua-dua negara.
– AFP
