Sabah, Sarawak terus perkukuh kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 10 September — Hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak terus diperkukuh sebagai asas kestabilan negara serta usaha memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perpaduan dan kepercayaan antara ketiga-tiga pihak menjadi kekuatan penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pula berkata hubungan erat tersebut penting bagi mencari penyelesaian terhadap perkara yang masih dibincangkan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kepimpinan Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dijadual meneruskan perbincangan bagi memperkukuh pelaksanaan MA63, dengan semangat kebersamaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia pada 1963 terus dijadikan panduan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *