D’Masiv kembali ke Kuala Lumpur, destinasi terakhir ‘Asia Home Run’

KUALA LUMPUR, 19 September – Kumpulan pop rock Indonesia, D’Masiv kembali menemui peminat Malaysia menerusi jelajah ‘D’Masiv Asia Home Run’ yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir di Asia.

Konsert dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena pada 20 November, jam 8 malam, sebelum jelajah berakhir di Jakarta.

Vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta berkata, jelajah itu menjadi ruang mengeratkan hubungan dengan peminat di luar Indonesia selain berkongsi tenaga dan kehangatan muzik mereka.

Peminat bakal dihiburkan dengan lagu popular seperti ‘Pergilah Kasih’, ‘Jangan Menyerah’ dan ‘Cinta Ini Membunuhku’, selain karya terbaharu.

Tiket ditawarkan dalam kategori Festival, Super VIP, Diamond, Platinum dan Gold menerusi laman rasmi dmasivtour.com.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *