PM Ucap Tahniah, Adeola Hadiahkan Emas Sulung Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet karate negara, Adeola Fay Robert, selepas menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Atlet berusia 20 tahun dari Sabah itu menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam final kumite bawah 55kg di Gimnasium Toyohashi.

Kejayaan itu turut menamatkan penantian karate wanita Malaysia untuk emas Sukan Asia sejak 2014, ketika Syakilla Salni melakukannya di Incheon.

Anwar berharap kejayaan Adeola menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen Malaysia untuk terus berjuang dan mengharumkan nama negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *