Masalah Simulator, Kesihatan Tidak Halang Taj Izrin Raih Emas

SEPANG, 25 September – Masalah kesihatan dan kerosakan simulator pada saat akhir tidak menghalang jaguh e-sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira, mencipta kejayaan dengan meraih pingat emas acara Gran Turismo 7 (GT7) di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Taj Izrin terpaksa berdepan kerosakan kabel simulator termasuk komponen pedal brek ketika persiapan di Jepun. Pasukan turut berusaha mendapatkan alat ganti dalam tempoh singkat sebelum aksi separuh akhir.

Lebih mencabar, atlet itu turut terlepas empat hari latihan akibat masalah kesihatan. Namun, hasil dorongan jurulatih Alex Yoong, beliau memberi tumpuan kepada kecergasan dan berjaya mengekalkan fokus ketika perlumbaan.

Taj Izrin mengumpul 36 mata menerusi tiga perlumbaan, selepas menduduki tempat kedua dalam dua perlumbaan awal sebelum memenangi perlumbaan terakhir, sekali gus menyumbang emas kedua buat kontinjen Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *