PERJUANGAN ISLAM PERLU DITERJEMAH MELALUI PELAKSANAAN, BUKAN SLOGAN – PMX

BANGI, 26 September 2026 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan gerakan Islam berteraskan ilmu, akhlak dan idealisme dalam menghadapi cabaran perjuangan semasa.

Beliau berkata kebangkitan Islam tidak seharusnya hanya didorong ledakan semangat, emosi dan sentimen, sebaliknya perlu disokong kekuatan ilmu yang mampu membina kesedaran serta keinsafan.

Anwar berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi anjuran WADAH, ABIM dan PKPIM di Bangi pada 26 September 2026. Majlis itu turut meraikan delegasi The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW).

Menurut beliau, gerakan kesedaran atas nama Islam akan menjadi tidak seimbang sekiranya hanya berpaksikan kemarahan dan sentimen, termasuk amalan adu domba.

Beliau turut mengingatkan bahawa gerakan yang membawa nama Islam perlu dinilai bukan semata-mata berdasarkan slogan, tetapi melalui pelaksanaan perjuangan yang berlandaskan prinsip dan akhlak.

KEPENTINGAN USRAH

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh kepentingan usrah serta pemeliharaan tradisi turath Islami sebagai panduan dalam gerakan dan perjuangan.

Pada masa sama, beliau menekankan keperluan gerakan Islam untuk terus tegas dalam memerangi rasuah, menentang pemikiran takfiri dan menangani kemiskinan tegar.

Beliau berkata perjuangan tersebut perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan adab, akhlak serta sikap menghormati kepelbagaian dalam masyarakat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *