Hubungan Persahabatan PMX-Erdoğan Disusuli Ucapan Takziah

29 September 2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkesempatan berbual melalui telefon dengan sahabatnya yang juga Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan.

Dalam perbualan itu, Erdoğan menyampaikan ucapan takziah atas pemergian abang Perdana Menteri, Allahyarham Idrus Ibrahim.

Anwar berkata ingatan dan doa yang disampaikan Presiden Türkiye itu amat bermakna buat beliau dan keluarga dalam menghadapi saat yang berat.

Erdoğan turut menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai beberapa isu semasa yang menjadi perhatian bersama.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *