


KUALA LUMPUR, 29 September 2026 β Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 2/2026 meneliti pelbagai inisiatif serta langkah segera bagi membantu menangani tekanan kos sara hidup rakyat menerusi persediaan Belanjawan 2027.
Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut menilai perkembangan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), khususnya dalam memastikan harga barangan keperluan asas terkawal serta membanteras kegiatan pencatutan.
Perdana Menteri turut mengarahkan supaya penyelarasan antara agensi diperkukuh bagi memastikan tindakan penguatkuasaan berkaitan harga dan pencatutan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di seluruh negara.
MEMANTAU PERKEMBANGAN
Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan geopolitik global serta kesannya terhadap harga dan bekalan barangan keperluan asas, bagi memastikan sebarang tekanan terhadap kos sara hidup dapat ditangani dengan segera dan berkesan.
Sebelum ini, KPDN memaklumkan isu kos sara hidup merentasi pelbagai kementerian dan lapan kluster di bawah NACCOL memberi ruang kepada kementerian berkaitan mengemukakan inisiatif baharu atau memperkukuh langkah sedia ada.
Mesyuarat NACCOL itu menjadi antara platform kerajaan dalam memperhalusi pendekatan berkaitan kos sara hidup menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
Fokus utama:
- Belanjawan 2027 β teliti inisiatif dan langkah segera.
- Kos sara hidup β usaha mengurangkan tekanan rakyat.
- Harga barangan asas β penguatkuasaan KPDN diperkukuh.
- Geopolitik global β kesan terhadap harga dan bekalan dipantau.
Terima kasih PMX dan Kerajaan MADANI
