
CYBERJAYA, 30 September – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta Meta memberikan penjelasan menyeluruh berhubung laporan akaun WhatsApp digodam dan terjejas.
MCMC berkata permintaan rasmi dikemukakan pada 25 September, diikuti perbincangan pada 28 September. Meta memohon sehingga 2 Oktober untuk memberikan maklum balas.
Setakat ini, MCMC menerima 92 aduan berkaitan akaun WhatsApp terjejas dan menggesa Meta mengambil tindakan segera.
Tindakan susulan MCMC akan ditentukan selepas menerima penjelasan Meta.
