Lelaki Terkaya Afrika Bina Kilang Penapisan AS$16 Bilion di Kenya

Usahawan Nigeria, Aliko Dangote, memulakan pembinaan kilang penapisan minyak bernilai AS$16 bilion (sekitar RM67 bilion) di Lamu, Kenya.

Kilang itu dijangka mampu memproses 700,000 tong minyak mentah sehari dan siap dalam tempoh 30 hingga 40 bulan.

Projek berkenaan dijangka mengurangkan kebergantungan Kenya serta negara Afrika Timur terhadap import bahan api bertapis, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan industri serantau.

Bagaimanapun, projek itu berdepan bantahan komuniti tempatan berkaitan hak tanah dan kesan alam sekitar, dengan kes tuntutan tanah masih dalam proses mahkamah.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *