
Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah RM40,400 terhadap tiga syarikat kerana gagal mematuhi keperluan usaha wajar pelanggan (CDD) dan sekatan kewangan bersasar.
- Wawasan Ilham (M) Sdn Bhd – RM22,000
- SMJ Teratai Sdn Bhd – RM6,900 kerana gagal melaksanakan CDD terhadap pelanggan bagi beberapa transaksi pertukaran wang.
- Ruhanmas Forex Sdn Bhd – RM11,500 kerana gagal menyenggara dan melaksanakan mekanisme saringan sekatan kewangan.
BNM memaklumkan semua syarikat terbabit telah membayar sepenuhnya penalti yang dikenakan.
