INDONESIA KUTIP AS$190 JUTA DENDA TEROKA HUTAN SECARA HARAM

JAKARTA, 6 Okt. – Indonesia mengutip denda berjumlah AS$190 juta daripada syarikat yang menjalankan kegiatan secara haram di kawasan hutan, selain merampas lebih 6.2 juta hektar tanah.

Peguam Negara, Sanitiar Burhanuddin berkata, pasukan petugas yang ditubuhkan Presiden Prabowo Subianto sejak tahun lalu telah menjalankan lapan operasi penguatkuasaan, termasuk terhadap syarikat kelapa sawit dan perlombongan.

Daripada 13.24 trilion rupiah (AS$740 juta) hasil operasi, 3.4 trilion rupiah merupakan bayaran denda, manakala selebihnya cukai dan hasil lain.

Sebanyak 140,000 hektar kawasan dirampas akan diserahkan untuk pengurusan tanaman sawit, manakala 118,000 hektar lagi diperuntukkan bagi penghutanan semula. – AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *