
HANOI, 14 Oktober – Hanoi melonjak lima anak tangga ke kedudukan kelima dunia bagi kelajuan Internet mudah alih, dengan kelajuan muat turun median 493.37 Mbps pada Ogos 2026, menurut Ookla Speedtest Global Index.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Hanoi turut merekodkan kelajuan muat naik median 93.98 Mbps dengan kependaman 19 milisaat.
Empat bandar yang mendahului Hanoi ialah Abu Dhabi, Al-Rayyan, Doha dan Dubai.
Sementara itu, Vietnam menduduki tangga kesembilan dunia bagi kelajuan Internet mudah alih pada peringkat negara, dengan kelajuan muat turun median 219.93 Mbps, lebih dua kali ganda berbanding purata global 109.05 Mbps.
Prestasi itu mencerminkan kedudukan Vietnam yang semakin kukuh dalam sektor telekomunikasi global. – BERNAMA
