RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE OPERETA UiTM

16 Oktober 2026

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Opereta Universiti Teknologi MARA (UiTM), anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, malam ini (16 Oktober).

Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Majlis Opereta bertemakan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” sebagai wadah memperkukuh penghayatan terhadap
sejarah, warisan budaya serta kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dalam kalangan
masyarakat.

Turut hadir, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi, dan Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *