MOT meneruskan Program Sumbangan RM1,000 kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah bagi Zon Utara

17 Oktober 2026
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) meneruskan pelaksanaan Program Sumbangan RM1,000 kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan.

Inisiatif pengagihan berperingkat ke seluruh negara ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang berpaksikan nilai Ihsan dan Kesejahteraan dalam memperkukuh kebajikan golongan pemandu, meringankan beban kewangan, serta membantu dalam kalangan mereka yang menyambut perayaan Deepavali membuat persiapan.

Pembiayaan bantuan khas Belanjawan 2027 ini memanfaat hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri ‘H’ bernilai RM91.2 juta, sekali gus membuktikan bahawa hasil negara dipulangkan terus demi memelihara kelangsungan hidup rakyat dan memartabatkan perkhidmatan pengangkutan darat negara.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *