KPDN SITA 5,801 UNIT MAINAN ‘SQUISHY’ TIDAK PATUH STANDARD KESELAMATAN

25 Oktober 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Bahagian Penguat Kuasa telah melaksanakan Pemeriksaan Khas Mainan Span Lembut (Squishy) di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Oktober 2026 bagi memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan mainan kanak-kanak.

Sepanjang tempoh pemeriksaan, sebanyak 1,845 premis telah diperiksa melibatkan pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit. Hasil pemeriksaan membawa kepada 15 kes tindakan penguatkuasaan dengan sitaan sebanyak 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428.70 kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC) seperti yang ditetapkan.

KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

KPDN akan terus mempergiat pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan di pasaran.

Orang ramai, khususnya ibu bapa, turut dinasihatkan supaya sentiasa menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak-anak.

Pengguna yang mempunyai maklumat berhubung penjualan mainan mencurigakan disarankan untuk mengemukakan aduan rasmi kepada KPDN melalui saluran berikut:

  1. WhatsApp: 019-848 8000 / 019-279 4317
  2. Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my
  3. Call Centre: 1-800-886-800
  4. Aplikasi Telefon Pintar: Ez ADU KPDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *