
27 Oktober 2026
Beliau berkata pihaknya menerima surat pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat lepas.
“Surat pengisytiharan pembubaran itu juga adalah selari dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak di mana Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa membubarkan DUN.
“Sehubungan itu, saya telah memaklumkan kepada Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengenai perkara itu melalui surat bertarikh hari ini,” katanya pada sidang media di bangunan DUN Sarawak hari ini.
