Siasatan tular pemberian projek RM4 juta di DBKL perlu disegerakan – Dr. Zaliha

Oleh: Sholina Osman
30 JAN. 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan mempercepatkan siasatan dalaman berhubung dakwaan tular pemberian projek bernilai RM4 juta di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Jika terdapat sebarang pelanggaran tata kelola, tindakan tegas akan diambil,” kata Zaliha dalam kenyataan media.

TIDAK BERKOMPROMI

Beliau berkata, kerjasama sepenuhnya akan diberikan sekiranya ada siasatan ingin dilakukan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang berlaku, terutamanya jika ia melibatkan mana-mana agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan,” tegas beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *