Manfaatkan AI cegah gejala negatif seperti membuli, gangguan seksual – Menteri Pendidikan, Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
5 FEB. 2025

Pendidikan harus respon kepada keperluan zaman – memanfaatkan kecanggihan Kecerdasan Buatan (AI), mencegah gejala negatif seperti membuli dan gangguan seksual, dan meraikan kepelbagaian masyarakat.

Untuk mewujudkan suasana sekolah yang sarat dengan compassion (kasih sayang), kita memerlukan companions (teman) yang tetap bersama kita pada saat senang mahupun susah.

Kita perlu berkomunikasi (communicate) dengan berkesan, kerana kita bekerja sebagai satu pasukan!

Juga, pemimpin tidak harus terlalu selesa dengan kedudukan sendiri, sebaliknya perlu mengangkat martabat rakan pasukan lapisan seterusnya, demi kesinambungan dan kelestarian kepimpinan pendidikan.

DIALOG KEPIMPINAN MADANI

Demikianlah antara perkongsian saya dalam Dialog Kepimpinan Madani, di Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek pagi tadi, memetik konsep kepimpinan instruksional.

Saya menekankan bahawa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah tonggak kepada kejayaan sekolah, dan reformasi sekolah harus bermula dengan kepimpinan di dalam kelas.

Tidak lupa usaha untuk mengangkat isu kepimpinan wanita dalam pendidikan, agar peranan wanita terserlah dan diiktiraf.

Pendidikan adalah pertahanan negara terbaik pada masa depan.

Tiada yang harus tercicir, dan tiada yang harus berjuang bersendirian. Kita kuat kerana kita bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *