




Oleh: Sholina Osman
8 FEB. 2025
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 3,149 titik akses (AP) Wi-Fi telah pun siap dipasang di tiga universiti awam (UA).
Beliau berkata, ia melibatkan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)z.
“Ini adalah fasa pertama dalam usaha menambah baik capaian Internet di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),” katanya menerusi hantaran di FB.
Fahmi berkata, ini adalah pencapaian yang amat baik, hasil kerjasama antara Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) , dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sementara itu, Fahmi turut meluangkan masa melawat Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) di UM untuk meninjau status pemasangan AP Wi-Fi berkenaan.
Beliau berkatq, menerusi fasa pertama, 1,837 AP Wi-Fi telah dipasang di empat fakulti dan satu kolej di UM.
“Insya-Allah, fasa kedua akan bermula Mac ini yang memanfaatkan 14 universiti awam (termasuk UM), 24 politeknik dan 43 kolej komuniti,” katanyq.
Jelasnya, hampir 32,000 AP Wi-Fi akan dipasang dalam fasa kedua nanti, dan dijangka siap pada Julai.
Sementara itu, beliau telah menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas. – JM
