KPDN laksana 101 siri PJRM Back to School sehingga 8 Februari 2025 – Armizan

Oleh: Sholina Osman
9 FEB. 2025

Kementerian Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup Dalam Negeri (KPDN) telah melaksanakan sebanyak 101 siri Program Jualan Rahmah Madan (PJRM) Back to School daripada 243 jumlah keseluruhan yang disasarkan dalam
tempoh pelaksanaan program ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program ini telah bermula sejak 18 Januari 2025 dan dijadualkan berlangsung sehingga 16 Februari 2025, iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan.

“Sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat melalui pelaksanaan secara dalam premis dan luar premis,” katanya dalam kenyataan media.

Armizan juga turun padang sempena Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Kembali Ke Sekolah di Pasar raya AM, ITCC Penampang, Sabah.

PADA KADAR DISKAUN

Beliau berkata, para pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

“Terdapat 45 sehingga 70 “stock keeping unit” (SKU) ditawarkan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk Takwim
PJRM melalui pautan https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualan-rahmah untuk mengetahui tarikh dan lokasi PJRM Back to School yang akan dianjurkan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *