SPM 2024 berjalan lancar, KPM hargai semua yang terlibat

Oleh: Sholina Osman
12 FEB. 2025

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 telah berjalan
lancar bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Walaupun peperiksaan SPM Tahun 2024 telah berlangsung dalam
musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir di
beberapa buah negeri, ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ini adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.

DIUCAPKAN KEPADA SEMUA

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua 126,636
petugas peperiksaan yang turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam
kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi
memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan
SPM Tahun 2024.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM
Tahun 2024.

Semoga kejayaan menjadi milik anda. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *