





13 FEB. 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan kempen advokasi keselamatan digital “From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang”.
Kempen ini diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tersusun Batu 8, Tambun, Perak pada 8 Februari 2025.
SESI PEMBELAJARAN KETIGA
Menerusi perkongsian MCMC dalam FB, ia merupakan sesi pembelajaran ketiga yang dijalankan dalam memperkasakan komuniti dan meningkatkan literasi digital dalam kalangan penduduk di situ.
“Program ‘TinyTechies dan modul Future Skills for All’ oleh NADI telah diperkenalkan manakala pada sesi petang pula menampilkan Asistan Superitendan, Anizan Adnan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia khusus membincangkan risiko jenayah komersial dalam kalangan kanak-kanak dan cara melindungi diri. – JM
