



Petikan FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri
15 FEB. 2025
Usai merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat Harmoni MADANI Bestari Jaya, saya singgah beberapa warung kampung sekitar Bestari Jaya dan beramah mesra dengan peniaga, pengunjung dan penduduk setempat.
Sempat minum kopi dan bertegur sapa bersama masyarakat setempat selain bertukar-tukar pandangan dan juga memberi penjelasan mengenai isu semasa dan nasional. – JM
