UUM anjur perbincangan mejabulat perkukuh hubungan serantau, kecekapan operasi

Oleh: Sholina Osman
15 FEB. 2025

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (Round Table Discussion – RTD) bertemakan “Memperkukuh Hubungan Serantau dan Kecekapan Operasi: Pandangan Mengenai Integrasi Pelabuhan, Logistik, dan Operasi Rentas Sempadan di Malaysia”.

Program anjuran Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi Asia (AIIAD) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) ini diadakan dengan kerjasama The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia, Seksyen Kedah Perlis dan Terengganu serta Pusat Logistik dan Pengangkutan (CeLT), School of Technology Management & Logistics (STML) UUM yang berlangsung di SoIS.

Program ini juga mendapat kerjasama Kumpulan Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi membentangkan hasil kajian berkenaan “port management” Malaysia.

DUA SESI PEMBENTANGAN

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah AIIAD, UUM, Prof. Madya Dr. Mohammad Zaki Ahmad, dan diikuti dengan dua sesi pembentangan yang menghimpunkan pakar akademik dan industri dalam bidang logistik serta perdagangan rentas sempadan.

Antara pembentang yang terlibat termasuk Prof. Madya Ts. Dr. J. Jagan dari The Chartered Member of Institute of Logistics and Transport (CMILT) dari UMT dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Ghozali Hassan, CMILT dari UUM, yang telah berkongsi pandangan mereka mengenai kecekapan operasi pelabuhan dan prosedur rentas sempadan di Malaysia.

Sementara itu dalam sesi kedua telah membincangkan aspek logistik dan kawal selia barangan dagangan di pintu masuk Malaysia dengan pembentangan oleh Mustakim Abdul Kahar dan Madzli Harun yang telah berkongsi dapatan penyelidikan mengenai sistem pengangkutan dan pemeriksaan komprehensif barangan haiwan serta tumbuhan.

Perbincangan ini dijangka membuka ruang kepada perkongsian idea dan penyelesaian inovatif dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi rentas sempadan dan pengurusan logistik serantau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *