SSRC Digital Library Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin Alor Setar dirasmikan

Oleh: Sholina Osman
17 FEB. 2025

Sultan Sallehuddin Resource Centre (SSRC) Digital Library di Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah telah dirasmikan pada 16 Februari 2025.

Upacara perasmian telah dilakukan oleh Pengarah Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sultan Sallehuddin, Ahmad Othman.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penolong Kanan kolej, Hadami Hamid; Penolong Kanan HEM, Zaini Mariah Md Rejab; Penolong Kanan Kokurikulum, Khairani Zainor; Ketua-Ketua Bidang, Ketua-Ketua Unit, guru-guru dan para pelajar kolej ini.

Perpustakaan digital ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa akses kepada ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan era digital dan transformasi pendidikan masa kini.

MENINGKATKAN KEUPAYAAN PEMBELAJARAN

Dalam ucapan perasmian, Ahmad menekankan kepentingan teknologi dalam meningkatkan keupayaan pembelajaran serta penyelidikan di kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

Katanya, perpustakaan digital ini akan menjadi pusat rujukan utama bagi warga kolej dan masyarakat setempat sekaligus menyokong agenda pendigitalan dalam sektor pendidikan.

Program secara langsung ini turut disaksikan oleh 500 pelajar melalui platform digital.

PUSAT SUMBER RUJUKAN

SSRC Digital Library yang dirasmikan ini akan menjadi pusat sumber rujukan dalam bentuk elektronik yang boleh diakses dari mana-mana sahaja dan dijangka akan memberi manfaat besar kepada pengguna dalam memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Majlis ini diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti SSRC Digital Library serta demonstrasi penggunaan platform digital yang baharu diperkenalkan.

Moga dengan perasmian ini diharapkan lebih ramai pelajar dan masyarakat akan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *