YDP berazam jadikan JPP POLIMAS organisasi harmoni, laksana manifesto

Oleh: Sholina Osman
16 FEB. 2025

Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (POLIMAS) 2025 berazam akan menjadikan JPP sebagai organisasi yang harmoni dan melaksanakan manifesto pilihan raya yang telah dijanjikan.

Muhammad Luqmanul Hakim Mohamad Yazid berkata, apa yang penting kebajikan pelajar harus diutamakan bagi membolehkan mereka me

“Jika ini tiada masalah, pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang baik di dalam pelajaran mahupun aktiviti di kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima tauliah perlantikan baru-baru ini.

Muhammad Luqmanul Hakim, yang mengikuti pengajian Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah ini berhasrat untuk menjadi Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah yang bertauliah.

PERLU MENJADI CONTOH

Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, anggota JPP yang telah dipilih oleh pelajar ini perlu menjadi contoh kepada pelajar lain dan sentiasa prihatin serta mengambil kira keperluan pelajar lain dalam usaha menyediakan suasana kondusif di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini.

Jelasnya, JPP merupakan penghubung antara pihak pengurusqn politeknik dengan pelajar dalam menyalurkan maklumat khususnya melibatkan permasalahan yang dihadapi mereka.

“Anda semua telah dipilih oleh pelajar dan sebagai pemimpin maka anda perlu melaksanakan tugas dan menghargai undi yang diberikan,” katanya.

MENGAMBIL TAHU MASALAH

Dengan kuasa yang ada, katanyq, anggota JPPA perlu mengambil tahu masalah pelajar serta dimaklumkan terus kepada pengurusan POLIMAS.

“Jika mampu maka kita akan cubq penuhi keperluan pelajar,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, POLIMAS, Jitra baru-baru ini.

Katanya, JPP harus menunjukkan tauladan dan kepimpinanyang baik kepada semua pelajar.

Dalam majlis itu, seramai 30 anggota Exco yang diketuai Yang Dipertua JPP POLIMAS, Muhammad Luqmanul menerima watikah pentauliahan sebagai Exco MPP POLIMAS yang disampaikan oleh Rosli. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *