IPITEx 2025:POLIMAS rangkul 2 pingat emas, 2 pingat perak

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan POLIMAS
18 FEB. 2025

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah telah berjaya merangkul dua pingat emas dan dua perak dalam Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation And Technology Exposition (IPITEx 2025) – ‘Thailand Inventors Day 2025’.

Kenyataan media POLIMAS memaklumkan, pertandingan ini berlangsung di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Bangkok Thailand baru-baru ini.

Pasukan POLIMAS yang terlibat terdiri dari pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah memperoleh emas melalui projek inovasi yang bertajuk, ICOMPEX MANAGEMENT SYSTEM V2.0(iCMS).

Pembentangan telah dibuat oleh Ts AzimahIsmail, Ts Izyan Wahida Zainudin dan Norhazaliana Affendi.

PROJEK INOVASI KEDAH

Pingat emas kedua pula diperoleh melalui Projek Inovasi Kedah e-Heritage yang dibentangkan Nor Azida Ishak, Ts. Nurhidayah Azhar dan Ts. Nadia Che Abd Rani.

POLIMAS  juga memperoleh pingat perak dari projek inovasi Re-PlasBloc oleh Ts Azimah Ismail, Ts Masniza Yusof dan Salwa Samsuri.

Pingat perak kedua pula melalui projek inovasi ARCALIB oleh Haslina Abu Bakar, Siti Nor A’khidah Samsudin yang merupakan projek inovasi Perpustakaan Akademik Realiti Terimbuh.

KEPAKARAN UNTUK MENGHASILKAN

Ketua Pasukan POLIMAS, Ts Azimah Ismail berkata, kemenangan ini menjadi bukti pensyarah POLIMAS mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk menghasilkan inovasi terkini setanding dengan pensyarah dari universiti lain dari  luar negara

Malah katanya, kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil daripada dedikasi, kreativiti, dan kerjasama yang luar biasa secara berpasukan.
 
Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, kejayaan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada POLIMAS kerana pensyarah politeknik mampu dan berdaya saing di dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak besar.

APABILA KITA BEKERJASAMA

“Ini menunjukkan bahawa tiada had bagi apa yang kita boleh capai apabila kita bekerjasama dengan tekad dan idea yang segar,” kataya.

IPITEx 2025 telah diadakan oleh National Research Council Of Thailand (NRCT) dan merupakan satu acara tahunan melibatkan inventor dari seluruh dunia.

Dalam pertandingan yang diadakan ini 469 projek inovasi dipertandingkan dari penyertaan 24 buah begara termasuk German, United Kingdom , China, Jepun dan Indonesia.
 
Pingat dan sijil berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif, NRCT, Dr Wiparat De-ong – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *