






Oleh: Sholina Osman
Foto FB Anwar Ibrahim
20 FEB. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan untuk rakyat Malaysia yang menetap di Bahrain supaya sentiasa menjaga imej negara.
Beliau jugamenasihatkan mereka mencari kesempatan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai perkara khususnya ilmu dan perubahan baru agar tidak terperangkap dengan pemikiran lapok.
Beliau berkongsi perkara ini di FB semasa berkesempatan menyantuni rakyat Malaysia yang menetap di Manama, Bahrain.
Pedana Menteri berharap dengan pertemuan uni sekali gus dapat menerangkan pelbagai usaha serta ikhtiar Kerajaan MADANI buat rakyat terbanyak.
MENJAWAB PELBAGAI PERTANYAAN
“Saya turut menjawab pelbagai pertanyaan daripada mereka meliputi beberapa perkara antaranya soal penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manama, peluang pekerjaan, pelaburan dan kewangan Islam, termasuk isu politik tempatan,” katanya.
Beliau percaya pengalaman dan semangat luar biasa mereka di luar negara dapat kita gunakan untuk membangun sebuah negara MADANI yang berjaya dari segi ekonomi dengan budaya yang dinamik, berbilang kaum, dan berbilang agama.
Perdana Menteri berada di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa. – JM
