Lelaki dipenjara 6 bulan muat naik kandungan palsu keputusan Majlis Raja-Raja

Oleh: Sholina Osman
26 FEB. 2025

Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan selepas gagal membayar
hukuman denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan terhadapnya kerana memuat naik kandungan bersifat palsu berkenaan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan kesalahan itu dilakukan individu berkenaan pada 8 Februari 2025 menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.

Hakim Mahkamah Sesyen Sepang menjatuhkan hukuman tersebut hari ini (25 Februari) di bawah pertuduhan seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

WARAN TANGKAP DIKELUARKAN

Tertuduh, Johari Ismail, 67, ditahan lewat malam semalam sejurus selepas waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah akibat kegagalannya hadir ke prosiding pertuduhan.

Dia akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman bermula hari ini (25 Februari). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *