Dr Wan Azizah hadir perasmian Bazar Ramadan Aidilfitri Kuala Lumpur

Petikan FB Dr Wan Azizah Wan Ismail
7 MAC 2025

Hadir dalam Majlis Perasmian dan Bazar Ramadan Aidilfitri Kuala Lumpur 2025 di Taman Tasik Permaisuri, yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Program Bazar Ramadan dan Aidilfitri ini merupakan kerjasama antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyediakan 42 lokasi bazar di sekitar ibu negara sehingga 30 Mac depan.

MELAKUKAN PEMANTAUAN KESIHATAN

DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS juga, akan melakukan pemantauan kesihatan dan keselamatan makanan di bazar-bazar tersebut bagi memastikan kebersihan serta kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai terjamin.

Semoga segala usaha ini diberkati dan membawa manfaat kepada semua serta kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *