(Petikan Bahan / Foto Facebook Kementerian Kewangan)

7 Mac 2025

Ekonomi negara, berdasarkan kiraan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar (selepas mengambil kira inflasi), kekal memesat pascapandemik.

Pada tahun 2024, pertumbuhan 5.1% tahun ke tahun membawa KDNK sebenar Malaysia kepada RM1.65 trilion. Ini jauh mengatasi KDNK sebenar pada tahun 2020, iaitu RM1.35 trilion.

Dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, berkata KDNK yang memberangsangkan pada tahun 2024 ini didorong oleh agenda pembaharuan yang menjadi asas kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Agenda pembaharuan ini mengutamakan penambahbaikan tatakelola, dasar menggalakkan pertumbuhan, pengurusan
kewangan bertanggungjawab serta menegakkan keadilan sosial dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *