Pemimpin wanita perlu bersiap sedia ruang lebih baik untuk generasi muda – Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
8 MAC 2025

Hari Wanita Antarabangsa kali ini membawa tema yang terkait dengan konotasi yang cukup signifikan untuk membina generasi yang jauh lebih hebat. “Wanita beraspirasi, membina legasi “ ternyata menangkap mudah mesej keutuhan generasi.

Gambar 1:
Anak 1: YB, saya nak jadi macam YB!
Saya: Wah! Jadi Menteri?
Anak 1: Ya. ( ujarnya malu-malu)🥰

Gambar 2:
Anak 2: YB, ingat saya tak?
Saya: Ya Allah sayang, kita jumpa kat mana ya?🥶 Minta maaf sangat, ibu ni dah tua. Takut lupa.
Anak 2: Ala YB tak ingat pulak. YB suka suara saya masa saya menyanyi lagu Tari Tualang Tiga. Saya pakai baju hijau. Lepas tu YB peluk saya. YB kata suara saya sedap sangat.
Saya: Memang sedap sangat suara sayang oi! ( sempena Hari Wanita, beliau menyanyikan lagu “ Cinta Di Akhir Garisan” bersama rakannya. Entah bagaimana dia tahu itu antara lagu kegemaran saya.😍)

SENTIASA DI HATI

Bayangkan saya ada 5 juta anak-anak yang saya temui setiap hari dan esok serta tulat. Bagaimana saya boleh mengingati kesemua mereka? Maafkan ibu okay? Memang kalian sentiasa di hati, tetapi kerana faktor umur, ibu mungkin tidak dapat mengingati semua anak-anak yang ibu temui.

Tetapi yang saya pasti adalah dua perkataan penting dalam tema IWD ini iaitu “ Aspirasi” dan “ Legasi”. Begitulah Generasi Madani ini melihat kita yang memimpin ini sebagai aspirasi penting mereka membuat unjuran di masa hadapan. Jika tidak ada aspirasi ketika ini tentang kepimpinan wanita, daya juang melindungi kanak-kanak, pahlawan kasih sayang serta sentuhan manusiawi, sangat sukar aspirasi itu sampai.

LEGASI YANG TERKESAN

Akhirnya yang kita mahu tinggalkan adalah legasi yang terkesan dengan reformasi yang kita bawa. Itulah dia keyakinan, kesejahteraan, hormat, daya cipta, ihsan dan kemampanan dalam rangka Madani yang sedang kita bina.

Sebagai pemimpin wanita zaman ini, ketika ini dan masa hadapan, tugas kita adalah mempersiapkan dunia ini untuk memberikan ruang dan peluang yang lebih baik untuk anak-anak kita dan generasi muda.

Educate a woman, educate a generation. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *