







Petikan FB Fadhlina Sidek
11 MAC 2025
Dua puluh tahun sebagai aktivis wanita dan kanak-kanak, maka Hari Wanita Antarabangsa adalah keraian yang signifikan untuk diraikan.
Saya hadir meraikan bersama untuk memberikan sokongan penuh kepada pasukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menjadi peneraju utama acara ini. Tahniah!
Ucapan YAB PMX saya amati satu persatu. Pesannya teratur. Mesejnya jelas. Harapannya besar. Penghargaannya mengangkat martabat wanita!
Ketika beliau mengulas Baiatul Aqabah (Baiatul Nisa’), wajahnya menghala kepada saya dan YBM Dr. Naim Mokhtar untuk pengesahan sejarah penting ini. Kami menangguk memberikan keabsahan bagaimana representasi dan partisipasi wanita ini sangat penting dalam pemeteraian sebuah perjanjian paling penting dalam sejarah!
PERANAN INSTITUSI KELUARGA
YAB PMX juga menekankan peranan institusi keluarga yang semakin menuntut kepelbagaian peranan serta pengukuhan dari pelbagai aspek ekosistem.
Ruang kesarjanaan dan pelibatan aktif wanita dalam pekerjaan juga menuntut ekosistem dan dasar yang lebih ihsan supaya keseimbangan mengurus keluarga dapat diimbangi dengan sumbangan kepada negara.
Di akhir ucapan YAB PMX adalah kenyataan beliau yang benar-benar ditunggu oleh semua aktivis dan politikus wanita. Ketegasan beliau menyebut keperluan semua parti mendukung dasar 30% representasi wanita adalah sokongan yang tidak berbelah bahagi!
Terima kasih YAB PMX! Huraian beliau tentang tema Wanita Beraspirasi, Membina Legasi adalah huraian yang sangat tepat dan memaknai seluruh perjuangan Wanita KEADILAN ketika ini.🩵🩵🩵 – JM
