






Petikan FB Sekolah Wanita – SWAN
11 MAC
Alhamdulilah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar bersama YB Fadhlina Sidek (Penasihat SWAN) bertempat di Hotel Park Inn Radisson, Putrajaya.
Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan bagi memperkukuh silaturrahim sesama warga SWAN disamping memberdaya para pelajar SWAN melalui amanat yang disampaikan oleh YB Fadhlina Sidek.
Melalui amanat yang disampaikan oleh YB Fadhlina Sidek, beliau menyeru agar seluruh warga SWAN khususnya para pelajar untuk berpartisipasi secara langsung dalam menangani permasalahan yang berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia berikutan kes-kes yang tidak pernah berkurangan seperti keganasan rumah tangga.
UNTUK MELUANGKAN MASA
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Fadhlina Sidek atas kesudian untuk meluangkan masa serta menyampaikan amanat yang begitu penting buat kami di SWAN.
Wanita Terpimpin, Generasi Terbilang!
Jom ikuti SWAN di semua pelantar media sosial SWAN untuk maklumat yang selanjutnya. – JM
