



Petikan FB Fahmi Fadzil
16 MAC 2025
Semalam, saya sempat melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning, Tapah, Perak yang berperanan sebagai hab ilmu dan teknologi untuk komuniti setempat.
NADI menyediakan akses kepada maklumat digital, latihan kemahiran, dan program keusahawanan bagi memperkasakan penduduk sekitar Air Kuning.
Usaha seperti ini amat penting dalam memastikan masyarakat terus maju dan berdaya saing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini demi manfaat rakyat. -JM
