





17 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi wakaf adalah sebahagian daripada warisan umat Islam dalam membina kekuatan dari peringkat akar umbi bagi membantu memartabatkan serta menentukan agenda bangsa Melayu dan Bumiputera.
Sehubungan itu, satu platform khusus yang perlu diuruskan secara profesional mengikut prinsip yang ditetapkan syariah.
Perdana Menteri tekankan kepentingan tersebut ketika berucap pada majlis peluncuran Wakaf MARA MADANI yang turut dikongsi di FB.
MEMBANTU PENGAGIHAN SEADILNYA
Beliau berkata, mana-mana institusi wakaf berperanan penting bagi membantu pengagihan seadilnya, dalam pelbagai tujuan antaranya kebajikan, keusahawanan, pengangkutan, kesihatan dan juga sebagai aset wakaf itu sendiri.
“Saya sempat titipkan pesanan, dalam pertempuran dan persaingan idea yang sengit, Melayu dan Bumiputera seharusnya memberi fokus kepada masa hadapan, bukannya terbelit atau terpalit dengan isu-isu lama seperti agama dan perkauman yang diheret ke medan perdebatan tanpa noktahnya,” katanya.
Seharusnya juga, katanya semua pihak perlu berjalan seiring dengan perubahan teknologi dunia sekaligus membawa perubahan dalam kehidupan seharian termasuk pemikiran serta pemahaman akan sesuatu perkara.- JM
