
Oleh: Sholina Osman
20 MAC 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah bertemu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Badan Bertindak Flat Sri Pahang untuk membincangkan pemindahan penyewa ke unit baharu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ini penting agar semua penduduk mendapat kediaman yang lebih selesa dan selamat.
Fahmi berkata, setakat ini sekitar 200 unit masih mempunyai tunggakan dengan pemaju dan DBKL, yang menjejaskan peluang mereka untuk mendapatkan rumah ganti.
“Saya telah meminta bantuan bahagian kewangan DBKL untuk bantu mencari penyelesaian agar tiada yang tertinggal nanti,” katanya menerusi perkongsian di FB.
MEMUDAHKAN PROSES INI
Fahmi juga menyokong sepenuhnya agar Badan Bertindak Flat Sri Pahang membantu dan mengambil bahagian dalam memudahkan proses ini dan meminta pihak DBKL meneruskan pemindahan bagi yang layak.
“Harapan saya, dengan kerjasama semua pihak, kita dapat bantu pastikan para penduduk dapat memiliki rumah sendiri,” katanya.
Bagi memastikan kelancaran, beliau juga meminta DBKL, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, pihak pemaju, dan Badan Bertindak Flat Sri pPahang untuk bertemu setiap dua minggu bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan.
Fahmi berkata, beliau akan terus memantau perkembangan ini untuk pastikan kemaslahatan dan kebajikan penduduk terus menjadi keutamaan. – JM
