Kerajaan akan terus perkukuh industri penerbangan negara – PMX

22 MAC 2025

Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh industri penerbangan negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terbaharu Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan tempahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing 737 yang mencakup 18 unit model 737-8 dan 12 unit model 737-10 sebagai barisan fleet terbaru Malaysia Airlines.

“Pelaburan strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memodenkan armada penerbangan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan, menambahbaik pengalaman penerbangan, serta mendukung pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan,” katanya dalam perkongsian di FB.

MELONJAK EKONOMI MALAYSIA

Perdana Menteri berkata, dengan penghantaran pesawat ini yang dijadualkan sebelum 2030, langkah ini akan terus melonjak ekonomi Malaysia melalui penciptaan peluang pekerjaan, pemerkasaan industri penerbangan, dan peningkatan daya saing di peringkat global.

Kata beliau, Malaysia Airlines bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, ia adalah kebanggaan negara, membawa semangat serta memetakan Malaysia seantero dunia.

“Dengan penambahan pesawat baharu ini, kita akan memastikan syarikat penerbangan negara terus maju dan efektif,” katanya.

Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada MAG, Boeing, dan CFM International atas pencapaian yang sangat bermakna ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *